loading...
loading...

Khamis, 8 Jun 2017

(VIDEO) Model Bikini Diraba Semasa Siaran Langsung Di TV SHOW Mengamuk..

Model Bikini Diraba Semasa Siaran Langsung Di TV SHOW Mengamuk..

Kerana diraba oleh pengacara sebuah rancangan televisyen, model bikini, Rayssa Teixeiro Melo mengamuk dan menumbuk lelaki tersebut.
Ini membuatkan Rayssa terus berlalu pergi meninggalkan set program tv yang bersiaran secara langsung.
Rayssa sebelum itu telah dijemput sebuah program tv di Brazil, menunjukkan cara-cara penggunaan krim badan yang mana dia telah memberikan peringatan kepada lelaki berkenaan agar jangan sesekali menyentuh bahagian punggungnya.
Tonton:

Selasa, 30 Mei 2017

VIDEO: Nak periksa, periksa je la TAPI perlu ke sampai 'pegang' kat situ?

VIDEO: Nak periksa, periksa je la TAPI perlu ke sampai 'pegang' kat situ?

San Diego: Seorang pengawal airport ditahan selepas seorang pelajar menuduhnya berkelakuan sumbang terhadapnya dalam ketika pemeriksaan dilakukan di terminal tersebut, lapor akhbar Times of India.
Pelajar wanita itu yang belajar di kolej pergigian di Mangalore berkata lelaki berumur 36 tahun tersebut menyentuhnya dengan tidak wajar dalam pemerikasaan dari Toronto ke Canada pada Selasa lalu.

Pesawat itu meninggalkan Bangalore pada 7 pagi. Pelajar itu menuduh lelaki tersebut berkelakuan tidak wajar, menurut akhbar itu.

Walaupun dia tidak membuat laporan kepada kru kabin, tetapi dia membuat laporan kepada staf syarikat penerbangan selepas mendarat, yang seterusnya memberitahu pihak polis di Mangalore yang menahan lelaki tersebut untuk di soal siasat.

Lelaki itu ditahan dan dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan. Pihak polis berkata majistret telah mengenakan tahanan reman kepadanya.

Inspektor Narasimha Murthy berkata lelaki tersebut didakwa kerana melakukan serangan/menggunakan paksaan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat mencabul kehormatannya.

Sumber berkata lelaki itu memberitahu polis dia hanya melakukan pemeriksaan seperti biasa, namun disalah anggap oleh pelajar wanita tersebut.

Narasimha mengesahkan mangsa tidak membuat aduan kepada kru kabin pesawat.

“Kami akan memanggil kru kabin untuk disoal,” katanya.

Kru tidak mengetahui tentang kejadian itu sehingga pelajar itu membuat laporan kepada staf di lapangan terbang.

“Sekiranya insiden tersebut berlaku semasa di udara, pihak kru perlu membuat laporan dengan jabatan keselamatan di pejabat Bangalore (pejabat syarikat penerbangan),” kata satu sumber. – Bernama

Ahad, 28 Mei 2017

(Video) Isteri Serang Dan B0gelkan "Kekasih" Suaminya Di Starbucks.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan si isteri duduk di atas wanita itu bagi mengelakkannya melarikan diri. 

"Tengoklah perempuan ini, nak bermain cinta dengan suami orang. Mak kau mesti pelacur, kan? Sebab itu kau dilahirkan jadi pelacur jugak!" kata si isteri yang terus duduk di atas badan wanita berkenaan. 

Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya, menangis meminta ibunya berhenti memukul wanita itu. 

Suaminya yang berbaju putih juga cuba menghalang isterinya, namun tidak berdaya kerana enggan mencederakan kedua-dua belah pihak. 

Si isteri enggan mengendahkan permintaan suaminya dan terus menyerang wanita itu dan dengan sengaja membogelkannya di dalam premis Starbucks itu yang dipenuhi orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut. 

"Apa hubungan yang saya ada dengan lelaki ini? Kami hanya sekadar kawan sahaja," kata wanita terbabit. 

Lelaki itu juga mengakui bahawa wanita itu hanya pekerjanya sahaja.

Khamis, 25 Mei 2017

Kerana Tolak Lamaran, Gadis Dir0-gol Bergilir-Gilir Teman Lelaki

India - Seorang gadis dirogol bekas teman lelaki dan enam rakannya yang lain sebelum kepalanya digilis dengan tayar kereta bagi mengelakkan mayat mangsa dikenalpasti, lapor Daily Mail.

Mayat mangsa berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan tidak sempurna di mana sebahagian badannya telah dikoyakkan oleh anjing, selepas diculik dari Sonipat dan dibawah ke bandar Rohtak, utara India.

Mangsa dirogol bergilir-gilir dan diseksa dengan objek tajam sebelum kepalanya dihentak dengan batu bata selepas mangsa mengugut mahu melaporkan perkara itu kepada polis.

Mangsa kemudian diserang dan kepalanya digilis tayar kereta agar identitinya tidak dapati dikenalpasti, lapor media tempatan.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan dua lelaki, Sumit Kumar dan rakannya, Vikas.

Ahli keluarga mangsa yang telah mengenalpasti mayat tersebut memaklumkan kepada polis bahawa sebelum kejadian itu berlaku, Sumit dan beberapa lelaki telah datang ke rumah dan mengugut mangsa selepas menolak lamaran untuk berkahwin dengannya.
Pegawai polis, Ajay Kumar mengesahkan mangsa tinggal bersama ibunya.

"Dia keluar bekerja pada 9 Mei sekitar jam 7 pagi apabila Sumit dan rakannya, Vikas menculik mangsa dengan sebuah kereta.

"Kami telah menemui mayat mangsa yang kemudian disahkan penduduk di Kalupur Chungi, kawasan Sonipat. Siasatan sedang dijalankan dan kami telah menahan suspek utama dan rakannya.

"Sumit telah mengaku melakukan jenayah itu dan memberitahu mereka telah membunuh mangsa selepas merogolnya," kata Ajay Kumar.

Laporan bedah siasat mendapati kepala mangsa telah dipukul suspek yang cuba membunuhnya.

"Laporan bedah siasat mendedahkan, mangsa telah diberikan dadah melalui air minuman ringan sebelum dirogol dan dibunuh ketika berada dalam keadaan separa sedar.

"Kepala mangsa telah dihancurkan dengan begitu kejam sekali," kata pegawai forensik.

"Kami juga menemui beberapa tulang mangsa patah," katanya.



Dalam keterangan keluarga mangsa kepada pihak polis, Sumit sebelum itu kerap memaksa mangsa berkahwin dengannya tetapi mangsa menolak kerana lelaki itu tidak bekerja.

Meskipun lamaran ditolak, Sumit selalu memerhatikan mangsa. Seminggu sebelum diculik, mangsa bertindak menampar lelaki itu yang cuba menghalang jalannya.

Polis berkata, Sumit mengaku menculik mangsa dan membawanya ke Rohtak berhampiran Bandar Prasnath. Sekali lagi, dia cuba meminta mangsa bersetuju berkahwin dengannya, tetapi jawapannya tetap sama. Berang lamaran ditolak, Sumit terus melakukan jenayah itu sebelum membunuh mangsa.

"Saya jatuh cinta dengan dia dan dia juga cintakan saya. Tetapi berlaku perbalahan kecil di antara kami, menyebabkan saya membunuhnya dengan batu bata," kata Sumit.

Ibu mangsa menuntut pihak polis mengambil tindakan terhadap kesemua suspek yang terlibat digantung sampai mati.

Harap 'video' ni sampai ke PENGETAUAN mak bapak budak-budak ni..!! Biar Ibu Lihat Sendiri VIDEO Anak Dara Yang Sangat Di Banggakan Itu BERAKSI

Harap 'video' ni sampai ke PENGETAUAN mak bapak budak-budak ni..!! Biar Ibu Lihat Sendiri VIDEO Anak Dara Yang Sangat Di Banggakan Itu BERAKSI 












Selasa, 23 Mei 2017

Mereka Siap Buat Temujanji Untuk Tunjuk "Alat Sulit" secara live.

Saya mempunyai berbelas anak saudara dan ada sebahagian anak saudara saya yang tinggal bersama saya kerana tuntutan kerja ibu bapa mereka. Dalam seminggu, pasti ada dua tiga hari akan tinggal bersama saya dan kebanyakan yang ditinggalkan bersama saya adalah anak saudara lelaki saya. 

Ceritanya, ada seorang anak saudara lelaki yang telah dihadiahkan telefon seawal usia darjah 5, memandangkan dia adalah anak yang paling sulung dalam kalangan adik beradik. Saya tidak pernah mencurigai penggunaan telefonya selama ini kerana, setiap kali dia tinggal bersama saya, dia hanya menggunakan telefon itu untuk mendengar lagu sahaja. Begitu juga ibu bapa dia. 

Ditakdirkan satu hari itu, dia telah keluar bersama rakan-rakannya tanpa menyedari tertinggal telefonnya di rumah. Kebetulan pula pada waktu itu saya bosan, saya pun membuka telefonnya dan terkejut apabila mendapati isi kandungan WhatsApp, WeChat, Facebook Chat dan gallery gambar dia adalah gambar-gambar perempuan muda dan ada juga beberapa gambar yang terlampau teruk untuk dilihat oleh kanak-kanak. 

Malah, dalam diam juga dia pernah menghubungi kanak-kanak perempuan yang tidak dikenali dan bertukar-tukar gambar yang tidak senonoh. Bukan satu, bukan dua, tetapi ramai! Dan apa yang lebih mengejutkan ialah, kebanyakkan kanak-kanak perempuan itu langsung tidak segan untuk menunjukkan gambar yang tidak senonoh. Malah perbualan mesej mereka juga berbaur lucah. 

Bayangkanlah pada waktu itu dia baru saja darjah 6 tetapi sudah bertindak sejauh itu apabila tidak dikawal oleh ibubapanya. Lebih menyedihkan, perbuatan dia bukan bertepuk sebelah tangan kerana ramai anak-anak perempuan yang terjebak dalam perbuatan seperti ini. 

Ada di antara mereka juga berjanji untuk bertemu dengan anak saudara saya untuk menunjukkan 'alat sulit' mereka secara live. Allahuakbar! Menitik air mata saya membacanya. 

Sepanjang dia tinggal bersama saya, solat 5 waktu saya tekankan, apatah lagi membaca Al Quran. Selepas itu, saya telah menyerahkan telefon itu kepada ibu bapa dia agar mereka sendiri melihat dan menilainya. 

Apa yang saya ceritakan ini adalah kisah yang berlaku pada keluarga abang/kakak saya. Janganlah kerana kehendak kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Tolonglah, walaupun anak-anak nampak tulus, suci, murni bagai, tetapi ibu bapa tetap perlu 'mengambil tahu perkembangan mereka, dengan siapa dia berkawan dan berhubung. - Ibu Saudara Concern

Janda 'Bergetah' Kemaruk Suami Orang Hinggakan Dia Sanggup...

Assalammualaikum Admin. Terima kasih jika sudi post kisah saya ni. Tp harap dapat hide kan profile saya sbb ini kisah sahabat. Dan ada sahabat2 saya ada dalam group ni.


Kami berkawan baik 4 orang sejak universiti. Saya namakan kawan yg 3 lagi tu sebagai Ayu, Bella, Chinta dan saya Dania. Kami agak rapat masa di universiti dan selepas tamat belajar terus lost contact sampai laaa terwujudnya FB ni kami bertemu kembali. Keempat2 kami semua dah berkahwin cuma Ayu sahaja yg janda anak 3.

Perwatakan kami berbeza. Ayu walaupun janda, dia lebih terbuka, cakap lepas dan paling cepat response kalau ada cerita2 gosip ni. Bella pendiam dan lebih tertutup mengenai kehidupan rumahtangga dia. Tak pernah berkongsi apa2 tentang keluarganya. Chinta neutral, pendengar setia dan selalu tolong kawan2. Saya pula seperti biasa, menggunakan media sosial dgn sangat active. Tapi bila ada masalah saya akan luahkan di wassap group personal kami berempat. 

Selalu saya ditegur kawan-kawan supaya slowkan perkongsian kisah kasih sayang saya dan suami di media sosial. Suami saya memang sangat penyayang, apa saya hendak semua diturutkan dan saya pula teruja, selalu up status berbaur romantik yang teramat di fb dan instagram. Pada saya, biarlah apa orang nak kata. Saya berkongsi cerita kasih sayang saya dengan kekasih halal. Tak ada salahnya. Saya memang berniat nak bagi tahu semua-"Itu suami saya, jangan ada sesiapa berani ganggu". Kadangkala ada juga rakan lain dan sedara mara yang kecam juga perbuatan menunjuk-nunjuk kasih sayang saya dan suami. Tapi saya buat tak tahu je.

Antara kami berempat, Ayu paling tak suka bila saya up status dan gambar romatik antara saya dan suami. Bella pula suka sindir-sindir saya supaya jangan terlalu menunjuk-nunjuk. Untuk makluman, Ayu ni pembaca tegar di fb KRT. Mungkin sebab dia janda, dan dia dah mengalami situasi ditinggalkan suami jadi Ayu lebih suka baca kisah2 menyayat hati yang menimpa wanita dan kadangkala dia akan komen ikut pada pengalaman dia sendiri. 

Ayu juga selalu tag saya di ruang komen kisah2 rumah tangga di KRT dengan tagline sentap "Baca dan Hadam". Kadangkala perbincangan berlarutan hingga ke wassap group, selalunya sayalah yang jadi bahan mereka. Bella pula selalu menyokong tindakan Ayu mengecam saya sehingga saya tak modal lagi nak defence diri saya. Akhirnya saya mengalah... Ok...TAK PERLU TUNJUK KASIH SAYANG TERLAMPAU. BAHAGIA SIMPAN SAHAJA UNTUK DIRI SENDIRI.

Suatu hari sedang saya makan tengahari dengan suami (perkara biasa yang kami lakukan jika kami ada kerja luar di kawasan berhampiran). Saya terjumpa Ayu dengan seorang lelaki. Untuk pengetahuan, memandangkan Ayu ni janda yang cantik, dia selalu saja keluar dengan lelaki dan kadangkala suami orang. Alasan dia, hanya kawan2 biasa saja sebab Ayu bekerja sebagai agen insurance. Tetapi lelaki yang saya nampak hari itu seperti saya kenal. Saya cuba rakam gambar Ayu dan lelaki tersebut dan forward kepada Chinta. Hanya Chinta selalu jadi teman gosip persendirian saya. Saya tanyakan pada Chinta sama ada dia kenal kah dengan lelaki tersebut. Tapi malangnya Chinta tak kenal.

Suatu hari kami jumpa bertiga, saya, Ayu dan Chinta. Saya tanya Ayu siapa lelaki yang saya jumpa dengan dia haritu sebab wajah dia sangat familiar, tapi saya tak ingat siapa. Ayu cuma kata kawan biasa.

Selepas dari hari itu, saya selalu terserempak dengan Ayu dan lelaki itu jalan2 sambil berpegangan tangan dan saya syak mereka sedang bercinta. Saya dan Chinta cuba caritahu siapa lelaki tu. Sebab Ayu ni perangai dia semacam sikit. Kami pernah tangkap dia bercinta dengan suami orang dan sedaya upaya kami pisahkan mereka sehingga berjaya. Selalu kami nasihatkan Ayu supaya jangan terjebak dengan suami orang. Kalau lelaki tu kaya dan mampu berlaku adil tak mengapa, tapi kalau lelaki yang cukup2 makan sahaja, bagaimana nak bermadu?

Untuk kali yang keberapa saya bertemu dengan Ayu dan lelaki itu. Ayu pun dan perkenalkan saya dengan lelaki tersebut dengan nama Hairul. Hati saya masih terdetik, seperti pernah jumpa dan kenal dengan lelaki ini. Lama saya memerhati mereka dari jauh dan akhirnya saya teringatkan suami Bella. Tapi yang saya tahu nama suami Bella adalah Hisyam. 

Saya hubungi Chinta dan ajak berjumpa. Bila saya tanyakan pada Chinta, mungkinkah lelaki yang bersama Ayu itu suami Bella, barulah Chinta teringat sesuatu. Ya...lelaki itu mirip muka suami Bella. Jenuh kami geledah FB dan Instagram Bella, memang tak ada sekeping pun gambar dia dan suaminya. Akhirnya dari FB Bella kami jejak adik beradik Bella atau suaminya dalam setiap ruangan komen, akhirnya kami jumpa. Ya Allah.... lelaki yang bersama Ayu itu suami Bella. Persoalannya, Ayu tahu atau tidak?

.Saya ambil keputusan untuk bertanyakan nama suami Bella. Bella berdolak-dalik hendak memberikan nama suaminya dan akhirnya Bella bagitahu juga yang nama suami dia adalah Hairul Hisyam. Ya Allah.....apakah semua ini? Sah! Yang bersama Ayu itu suami Bella. Tapi saya dan Chinta tak tergamak lagi nak bagitahu hal ini kepada Bella, jadi kami ambil keputusan untuk bertanya terus ke Ayu.

Masa saya dan Chinta bertanyakan status Hairul itu, Ayu cuma kata dia tahu Hairul ada isteri, tetapi mereka sedang alami masalah rumah tangga. Tapi bila kami memberitahu yang Hairul itu suami Bella, Ayu tak percaya. Ayu kata isteri Hairul berada di kampung dan Hairul sudah lama tak bersama dengan isterinya. Saya dan Chinta tergamam. Kami mendesak Ayu untuk memutuskan hubungan dia dengan Hairul, tapi Ayu tak mahu kerana dia dah jatuh sayang sangat-sangat dengan Hairul dan Hairul dah berjanji untuk berkahwin dengannya.

Sekarang ini Ayu dah tahu Hairul adalah suami kepada kawan baiknya. Dan Hairul juga sudah maklum yang Ayu sudah mengetahui hal ini. Masalahnya Hairul meyakinkan Ayu yang dia mungkin tidak akan menceraikan Bella. Jika Ayu sanggup bermadu, Hairul akan menikahi Ayu.... tapi yang memghampakan kami adalah bila Ayu sanggup bermadu dengan kawan baik sendiri.

Persoalan saya dan Chinta adalah - bagaimana dengan Bella. Suatu hari saya keluar bertiga bersama Chinta dan Bella. Kami bercerita kisah keluarga dan saya bertanyakan hal Bella dan suaminya. Bella hanya katakan dia dan suaminya baik2 saja. Suami Bella busy dengan kerja dan Bella pula selalu ke luar negara kerana dia menguruskan syarikat perlancongan. Sekali sekala saya mengusik Bella agar tayang2 laa sikit suaminya di media sosial. Nanti kalau kita jumpa tau laa kami itu suami Bella.

Tapi Bella mengutuk saya, "Aku bukan macam kau Dania. Suka sangat nak tayang suami. Orang perhati je keromantikkan korang. Kena kebas baru tahu"

Saya berpandangan dengan Chinta. Dan dalam masa yang sama saya wassap Chinta secara personal
"Hurmm... kau simpanlah suami kau tu Bella. Kau sorok2 sampai kawan sendiri tak tahu itu suami kau. Dan sekarang suami kau yang kena kebas".

Berita baru yang kami terima, Bella ada trip ke luar negara bulan depan selama 2 minggu. Dan waktu itu Ayu juga ada merancang untuk bercuti ke Hatnyai l. Saya dan Chinta mensyaki Ayu dan suami Bella akan berkahwin di sana. Atau mungkin mereka hanya jalan2 saja - Wallahualam.

*Tak tahu bagaimana nak bagi tahu Bella. Sebab Ayu pun kawan baik kami juga.- KRT
loading...
loading...